Posts

Showing posts from January, 2023

Kisah BEBENANG KELAS LAWAK

Image
Sejak tahun 2008 aku melayan Forum Cari bermula nickname SUKUN dll .Aku mendapat ilham membuka bebenang mengajar bahasa Arab melalui kisah pendek dan lucu . Aku tidak sangka ia mendapat views tinggi dari pelayar  internet  dari seluruh dunia ..... Terima kasih !Arigato gozaimas .............................. https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=645347  

Kisah KONDO

Image
SMS berbunyi "Tuan ,jemput hadir dan bermalam di rumah saya.Alamat dot dot dot ". Aku melihat nombor pengirim .Puan Ainon Mohd,boss PTS. Aku memandu sampai ke alamat dikirim dan mendapat kebenaran masuk kawasan elit yang kali pertama aku jejaki ... Aku,Zamri dan Izwan menjadi tetamu istimewa Puan Ainon dan suami .Suami  beliau Prof Abdullah pernah menjadi pelakon tambahan filem Ali Setan sebagai Dekan USM. Kami diberikan makan malam dan berbual. Esoknya selepas sarapan pagi,Puan Ainon memberikan special training yang amat  tinggi  nilai ilmunya .Itulah pengalaman paling BERHARGA dalam hidupku dan  pertama kali bermalam di sebuah kondo juta-juta hahahahaha... Aku amat berterima kasih kepada Puan Ainon ,seorang boss PTS PUBLICATIONS ,sebuah  penerbit pertama menerbitkan buku pertama ku ,serta rajin memberikan  kursus dan bengkel PERCUMA di KL . Ilmu penulisan dari Puan Ainon,Tuan Fauzul Naim,Tuan Ikram DLL amat berharga dan ianya memberi  kemahiran dalam penulisan . Semoga Alla

Kisah Abdul Razak Hj Yusuf

Image
 14 Jan 2023 ,aku dimaklumkan Abdul Razak meninggal dunia .Kami baru bertemu 2,3 bulan lepas .Meninggal dunia ketika memancing di Melaka .Selepas solat maghrib terus memandu ke Johor di mana jenazah ditempatkan .Aku menahan air mata mengalir.  Kami kenal sejak tahun 1989 ,rakan bermain bola ,bersama zaman remaja.Saudara sebaya .Selamat jalan saudaraku .Semoga Allah SWT menempatkan di kalangan golongan soleh dan beriman .Al Fatihah dibaca buat Allahyarham .

Kisah ABU SEMAN YUSOP

Image
Ketika majlis penyampaian hadiah nombor dua SKBB tahun  1986,pemberi hadiah aku tidak kenali ... Puluhan tahun berlalu dan namanya sering disiarkan TV dan akhirnya  kami bertemu kali kedua di pejabatnya selama tiga jam . Beliau juga tanda tangan di atas gambar tahun 1986 ... TERIMA KASIH TAN SRI !  

Kisah SRA JAIM

Image
  Pada tahun 1987 ,aku telah bersekolah di SMR Tingkatan Satu dan  pergi ke SKBB untuk mengambil SIJIL SRA . Hingga kini ,sijil tersebut masih terjaga baik . Terima kasih semua  USTAZAH  yang mengajar aku di  SKBB ...................

Diari-Diari

Image
Ia semakin usang dimamah zaman dan masa ....Sejak tahun 1983 aku menulis DIARI .  

Kisah RM1

Image
 Tapak Car Boot di Bukit Katil hanya mengenakan yuran RM1 .Jadi aku pun menjual Tudung RM1 dan bantal RM1 . Kebetulan Ali Rustam melawat dan menegur aku " Boss pun berniaga sini ?" Aku menjawab " Boring2 lepak sini " balasku .Kami kenal sejak awal 2000 dan selalu bersua dalam pelbagai majlis dan acara ketika beliau bergelar Ketua Menteri Melaka."Buku tentang saya bila nak siap ?" tanya lagi ."Lambat lagi ....." Balasku melihat beliau pergi tersenyum .Sekarang dah tahun 2023 tak siap 2 hahaha.

Kisah Santau

Image
 Sepanjang hayat ,aku dah lali dengan sihir yang dihantar manusia berkulit syaitan .Namun kali ni dihantar santau .Mujurlah aku tidak menyentuhnya .Aku sekeluarga selamat dan ia telah dinyahkan oleh Guru Din .

Kisah Zul Robot

Image
 Sejak sekolah menengah,aku suka baca tentang Zulkifli Haron .Anak Melayu yang kreatif dalam rekacipta .Akhirnya setelah 3 kali Hantar surat ,aku dapat interview beliau selama tiga jam .Terima kasih abang Zul !  Semoga buku yang aku sedang tulis berkaitan beliau akan siap sebelum 2030 ! Nasihat beliau " Berbuatlah sesuatu sebelum disuruh ,itulah kejayaan" .

Kisah Gunong Kinabalu

Image
 Pada tahun 2002 ,aku ke Sabah dan mahu mendaki Gunung Kinabalu .Ditemani anak kelahiran Sabah ,Ary yang kali pertama mendaki bersama aku .Sampai ke KM3 kami betul2 penat dan rasa nak patah balik .Aku BERFIKIR banyak kali ,ini Gunong paling tinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.Aku terus bersemangat mendaki sampai ke puncak ! Akhirnya berjaya !  Paling seram ketika tidur di Laban Rata .Bunyi wanita mengilai ,dinding bilik dicakar DLL  .Hatta seorang pendaki wanita Minah Eropah tiba2 mengetuk pintu bilik aku kerna  amat takut dan dia minta tidur bilik aku .Mujurlah aku selamatkan dia .Memang pelbagai bacaan dibaca dan aku hanya terlelap 2 jam kemudian sambung pendakian jam 1 pagi dan sampai ke puncak jam 5 pagi .P/S : Wanita Eropah tidur dalam bilik aku tidak ditiduri aku hahahaha.Lawa siot tapi tak sempat bergambar hahahaha.

Kisah Gunung Ledang

Image
 Tahun 1990  Aku dan kawan2 merempit dari Melaka ke Tangkak ,kononnya nak mendaki Gunung Ledang .Namun akhirnya tak sampai suku Gunong ,kami semua dah pancit .Jadi pasang khemah dan makan minum .Entah kenapa aku dan Yaakob tidak boleh tidur dan kami berbual sampai la pagi ....Pelbagai bunyi kami dengar dari bunyi harimau ,bayi menangis sampai la hantu mengilai ilai hahahaha .

Kisah Hujan Emas

Image
 Aku mendengar bunyi SMS ."Tahniah,cerpen kau keluar Berita Harian hari ini .".SMS dari Mustapa .Aku terus keluar dan membeli 2 naskhah akhbar Berita Harian. Jika Mustapa tidak SMS ,aku pun tidak tahu .Terima kasih Bro ! Semoga Allah SWT murahkan rezeki kamu sekeluarga Amin 🤲

Kisah Komputer

Image
Tahun 2003 aku kategori miskin .Tiada basikal ,apa lagi motor aku kereta .Jadi aku meminta Milah Ludba menghantar aku ke bandar Melaka membeli sebuah komputer murah berharga RM250 .Itulah komputer aku gunakan untuk menulis ,bermain game ,menonton VCD dan sebagainya .Akhirnya ia lupus selepas 10 tahun .Terima kasih Windows 98 .....P/S : Milah Ludba.                            ( Abdul Halim )   

Kisah Imam Bongkak

 Aku kebetulan melalui sebuah masjid dan singgah solat maghrib.Bacaan Imam amat teruk .Mad panjang pendek pun salah .Selepas solat dan doa aku menasihati imam tersebut agar pergi menambah ilmu Qur'an dan tajwid .Dengan angkuhnya dia bertanya " Kau siapa ?".Aku tunjukkan kad tauliah dan chowwww.Bergelar imam bukan bermaksud sudah alim .Hatta Imam Ahmad bin Hanbal yang bergelar Mufti pun pergi ke masjid menelaah ilmu demi menambahkan ilmu pengetahuan .Katanya " Aku akan menimba ilmu hingga masuk liang lahad".

Kisah Surat Cinta

Image
 Kami 4 sekawan ketika bersekolah menengah . Dari kiri Aku ,Taib ,Zakaria dan Zakaria Balad.Taib amat pemalu dan aku berjaya jodohkan dia dengan pelajar SMJB ,Rose Hayati .Oleh kerna aku ni mahir menulis surat cinta ,maka Taib selalu mengupah aku menulis surat cinta dan upahnya beberapa batang rokok Dunhill dan makan minum .Taib telah meninggal dunia beberapa tahun lepas dan aku telah menziarahi pusaranya di Tapah Road Perak dengan merempit motor skuter Honda dari Melaka ke sana . Pakcik Sulaiman menunjukkan pusara Taib .al Fatihah dibaca buat Taib ....

Kisah wartawan Australia

Image
 Aku berkenalan dengan Yusuf yang tinggal di Australia melalui FB  dan menemuiku pada tahun 2012 .Dia mewawancara sejam bagi program radio online .Selepas itu Yusuf datang waktu lain melancong ke Malaysia dan memintaku menempah homestay suasana kampung di Melaka .Aku menempah homestay di Alor Gajah dan dia bersama adikberadiknya tinggal selama 3 malam di Melaka .Antara lokasi aku bawa Yusuf dan famili ialah Bandar Hilir ,Taman Sri Champa dan menjamu selera di Ikan Bakar Umbai .Yusuf tidak aktif FB sejak 6 tahun lepas dan kami lost contact .Semoga ia dan famili sihat walafiat di bumi Kanggaroo . Tahun 2012 ketika diwawancara Yusuf .Gua masa tu masih Rock Kapakkkkkk punya rambut hahahaha 

Kisah Hj Mohd Salleh

Image
 Haji Mohd Salleh aku panggil Ongsid datang ke sekolah dan hulurkan wang ." RM200 mak kau kirim dan RM300 duit sedekah aku .Belajar rajin -rajin ," katanya sambil aku ucapkan  terima kasih .Meninggal dunia tahun 2001 ketika isteriku hamil anak pertama .Setelah kematiannya ,aku hilang seorang "Datok" penyayang dan dermawan . Semoga Allah SWT temukan kami di Syurga kelak .Amin 🤲.

Kisah RM200

Image
 Aku dan anakku Nur As Syahirah menziarahi Ustazah Maryam dan suaminya menderita sakit buah pinggang .Ustazah bersara guru SRA JAIM dan suaminya bekas Imam .Selepas ziarah,aku berikan RM200 dan beliau menolak .Aku berkata " Ustazah adalah ibu saya di sekolah ".Dengan linangan air mata dan ucapan terima kasih beliau mengambil wang tersebut .Beberapa tahun lepas suaminya telah meninggal dunia .al Fatihah dibaca .

Kisah Ustazah Maryam

 Ketika tahun 1984,1985 dan 1986 ,aku bersekolah agama petang di SRA JAIM,bangunan sama SKBB .4 orang Ustazah yang mengajar iaitu Ustazah Maryam ( GB ) ,Ustazah Aisyah ,Ustazah Khadijah dan Ustazah Zaharah .Mengikut DIARI ,Ustazah Maryam tinggal di Kampung Pulau Masjid Tanah dan aku mencarinya dan berjumpa rumahnya .Kebiasaan aku menziarahinya sekali atau dua kali setahun .Namun sejak COVID-19,sudah 3 tahun tidak menziarahinya.Kami hanya berhubung melalui Telefon bertanya khabar .Aku amat sayang Ustazah Maryam kerna beliau guru yang amat penyayang .Katanya murid SRA JAIM yang rajin menziarahinya hanya dua orang iaitu aku dan Dr Normalinda .Semoga Ustazah sihat dan dipanjangkan usia .Amin 🤲.

Kisah Pak Mad

 Jumaat yang menyedihkan .Ketika aku tinggal di rumah sewa Kg Paya Rambai Kota Bharu,aku dan kawan 2 selalu ke rumah Pak Mad menonton TV .Isterinya menghidangkan air minuman dan makanan seperti pisang goreng DLL .Kami menonton Final Juara Lagu,live bolasepak DLL di rumahnya .Setelah Pak Mad dan familinya berpindah ke Melaka,sekali sekala aku menziarahinya dan kali terakhir bertemu tahun lepas .Hari Jumaat yang mulia ini ,Pak Mad meninggal dunia setelah isterinya meninggal pada tahun 2020 lepas .Terima kasih Pak Mad yang melayani aku dan kawan2 dengan baik .semoga Allah SWT mengampuninya dan menempatkan arwah bersama golongan beriman dan soleh,Amin .

Selamat jalan Pak Mad

Image
 13 Jan 2023 ( Jumaat ) aku dimaklumkan Pak Mad meninggal dunia .Aku mengenali Pak Mad sejak tahun 1989 dan sering ke rumahnya menonton tv dan berkawan dengan anaknya Musa dan Zakaria .al Fatihah dibaca .... Gambau arwah bersama menantunya . Selamat dikebumikan selepas solat Jumaat .

Kisah PING PONG

Image
 1986  AKU,FAISAL,SALLEH,MANSOR,IBRAHIM mewakili SKBB untuk perlawanan persahabatan  PING PONG  dengan SKSL Kami dibawa menaiki kereta Cikgu Ismail dan Cikgu Kamarudin https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Sri_Laksamana Perlawanan 1 aku lawan  Atan  : Menang Perlawanan 2 : Beregu Mansor + Ibrahim : Menang Perlawanan 3 : Beregu Aku + Salleh : Menang Perlawanan 4 : Faisal : Menang Perlawanan 5 : Mansor : Menang Walaupun penyokong kami sedikit berbanding SKSL namun SKBB mengalahkan SKSL 5-0 !!! Kami pulang berjalan kaki dan bersorak hoooohaaaahooohaaaaaaaaaaa.. Sayang sekali tiada gambar dan video kenangan ...

Kisah SAAT PATAH

Image
 Sejak Cikgu Ismail menghantarku ke klinik mendapat rawatan tangan patah,beliau  memanggilku Saat PATAH . Pada tahun 1986 ,penyampaian hadiah nombor dua ,beliau  berucap "Nombor dua Darjah 6 bagi tahun ini ialah SAAT PATAH !Maafkan saya ,SAAT BIN  SULAIMAN ". Gambau Cikgu tahun 1986 . Beliau masih sihat dalam usia 74 tahun,alhamdulillah ..............................

Kisah AZMI BIN KHAMIS

Image
 Kami berkenalan sejak tahun 1981 kerna bersekolah sama di SEK KEB BUKIT BERINGIN MASJID TANAH MELAKA . Kami murid miskin dan bersama-sama ke pejabat sekolah mengambil bantuan sejak Darjah 1 hingga 6. Ketika Darjah 6,aku tidur di rumahnya dan melihat datoknya seorang dukun sedang melakukan  ritual. Aku lihat datoknya baring dan bangun .Namun suara datoknya tiba-tiba berubah menjadi garau dan  menakutkan .Aku amat takut dan memeluk kawanku Azmi . Azmi la kawan baik aku .Kami bersama-sama mandi sawah,masuk hutan mencari spider hitam dan  biji getah kahwin.Bermain mercun buloh pada Ramadhan dan banyak lagi kenangan kami ketika  kanak-kanak . Kali terakhir kami bertemu ketika aku Tingkatan Empat di Melaka dan lost contact hingga sekarang  dan dikhabarkan dia menetap di KL . Aku amat merinduinya ...Mencarinya di GOOGLE,FB,IG,DLL namun masih belum bertemu. Semoga Allah SWT menemukan kami ,Amin .

Kisah ROSE HAYATI

 90 an .............. Aku sedang bersekolah di Maahad An-Nur dan dia sedang bersekolah di SMJB Kota Bharu . Aku dapat berkenalan dengan seorang pelajar perempuan bernama ROSE HAYATI  BTE IBRAHIM . Gadis remaja ini rajin membalas surat dan memberikan nombor telefon . Surat-suratnya penuh dengan bau wnagi semerbak hahaha.. Ayatnya amat puitis namun aku layan je la sebab masa tu aku sedang  berchinggey dengan Azlina anak kelahiran KETEREH .Mereka bersekolah sama dalam  Tingkatan sama pula tu hahaha.... Aku suka baca surat-surat kiriman Rose ni sebab tulisannya cantik dan penuh dengan  senikata lagu Melayu dan Inggeris . Rose ni comel dan rendah namun SEDERHANA sahaja,tidaklah jelita atau  mengancam seperti kawannya Hasniza Mustafa . Bila duit syiling aku banyak dalam poket,aku bergayut berjam-jam borak tentang  sekolah,cinta,masalah  dan sebagainya .Suaranya amat merdu dan jika lelaki gersang dan kesunyian pasti  jatuh cinta jika mendengar suaranya ....    Walaupun sahabat baik aku Affan

Kisah SUKUN

Image
 Aku suka lepak forum berbahasa Melayu,Inggeris ,Arab DLL bila free  . Forum Melayu Cari aku lepak sejak tahun 2008 atau sebelumnya sebab dah lama sangat sampai X ingat la ... Aku suka makan sukun goreng dan suka jual ketika aku tinggal di KL / Selangor . Maka dapatlah ilham menggunakan nickname SUKUN dalam Forum Cari . Apabila nickname SUKUN dimatikan oleh moderator ,supermod HARAMJADAH,maka aku  beralih dengan nama-nama lain .... Antara nama sekarang di Cari :  https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5137044&extra=page%3D1

KISAH ARFIZALITA

 Aku kenal pen-pal ni dari Majalah LANUN keluaran bro Ujang yang aku minati sejak zaman  beliau di Majalah GILA-GILA,UJANG DLL . Maka kami berbalas surat ketika itu dia sedang belajau di Uitm Melaka ( Dulu ITM ) . Kali pertama bertemu ,aku terpegun kerna gadis siswa ini cantik,berkulit putih dan suka bergurau namun  belum sampai tahap jatuh cinta la hahahaha... Ketika dia menyambung pelajaran di Uitm Shah Alam ,kami bertemu di sebuah Plaza .Kami  sempat merayau Uitm dipimpinnya . Apabila aku mahu pulang,aku berikan sebuah beg berisi novel-novel yang aku beli dan ada yang  telah dibaca . Pada tahun 2001 aku melayangkan kad jemputan perkahwinan namun dia tidak hadir .Myb  sibuk dengan urusan famili . Itulah kali terakhir kami bertemu di Shah Alam dan menurut Google ,dia masih hidup dan  sihat buat masa ini . Aku doakan kau Fiza .. Terima kasih mencipta kenangan dan memori manis dalam dunia pen-pal . Nama dia adalah GABUNGAN nama ayah dan ibunya . Adios ...................................

Kisah Cikgu Ismail

Image
 Tahun 1982 .Aku terjatuh di sekolah .                  Sek Keb Bukit Beringin Masjid Tanah Melaka.Cikgu Ismail bin Laham membawaku ke KK Masjid Tanah dan tanganku disimen.Kemudian Cikgu membawaku pulang ke rumah .Aku tidak bersekolah selama hampir 5 bulan .Cikgu masih hidup dan sihat dan kami selalu bertemu menyambung silaturahim .Terima kasih Cikgu !

Kisah TIDUR

 Tahun 1999,aku pulang dari Genting Highlands .Amat penat sepanjang hari bersama chinggey bernama Noorhayati bte Jaafar ,siswi UM anak Kelantan  merayau dan makan minum di Genting .Sampai ke rumah jam 3 pagi ,mandi dan solat Isyak kemudian tidur .Bangun tidur ,terus ke pekan koboi membeli akhbar .Hah hari Selasa ? Aku tidur berapa jam ? Aku tidur jam 3 pagi Ahad dan bangun hari Selasa ? Itulah kali pertama aku tidur melebihi 48 jam dan aku tidak sedar ...Terus qadak solat beberapa waktu tertinggal disebabkan tidur .Kami tiada jodoh dan dia hilang entah ke mana .Aku doakan dia bahagia dunia akhirat .

Kisah LEGOLAND

Image
 Tahun 2013 .Aku memandu dan terjumpa LEGOLAND JOHOR .Kami sekeluarga masuk dan melihat harga tiket .Hah ? Lantas memeriksa duit bank,duit dalam dompet dan kira semua .Masih kurang .Aku Telefon kawan yang ku Kenali sejak kanak2 bernama Fauzi Ismail yang bekerja di sebuah bank di Johor ."Tolong bank in RM500 .Urgent ." Lelaki tersebut terus bank in .Kami sekeluarga terus masuk dan merayau LEGOLAND yang amat besar ,luas dan cantik . Setelah penat merayau ,makan minum ,kami pun keluar dengan gembira dapat masuk ke Taman Tema yang amat cantik .Esoknya aku bank in RM600 kepada Fauzi dan berkata " Fauzi ,duit RM500 itu hutang .RM100 aku belanja kau makan ".Fauzi ucapkan terima kasih dan aku amat menghargai kebaikan Fauzi .Fauzi aku kenali sejak masih kanak2 dan ketika dia sedang belajar di UTM KL ,dia pernah membawaku ke Plaza Lowyat membeli belah kerna aku tidak kenal Lowyat ketika itu .Anakku amat gembira bila berjaya masuk ke LEGOLAND yang ketika itu baru dibuka ...Ter

Kisah Kasut

Image
 Jan 2023 ..... Aku baru perasan kasut sekolah anakku bernama Mira Fiqa yang bersekolah Tahun Satu telah rosak dan koyak teruk .Aku tak pasti sejak bilakah kerna dia tidak pernah mengeluh dan bercerita .Mungkin sudah berbulan-bulan .Bersama RM30 aku membawanya mencari kasut sekolah baru .Sampai ke FS ,ada kasut murah RM18 namun TIADA SAIZ .Kami merayau sebuah kedai kasut dan ada saiz namun harganya RM35."Boss ,saya ambik dahulu kasut sekolah ini dan berikan RM30,bakinya esok la sebab duit tidak cukup".kataku .Tauke kedai kasut berbangsa Cina bersetuju walaupun itulah kali pertama aku ke situ .Aku keluar dari premis dan anakku kelihatan amat gembira mendapat kasut baru .Dalam perjalanan ke surau TTM ,aku terfikir .Andainya aku mati dan terlupa membayar bakinya ,bagaimana ? Lantas aku singgah rumah NGY ."Pinjam RM5,nak bayar baki kasut ".Lelaki tersebut terus hulurkan RM10 dan berkata "Ini hadiah anak .Jangan fikir nak bayar ".Aku pun terus kembali ke premis

Welcome & Selamat Datang

 Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.Setiap insan mempunyai kisah-kisah hidup .Baca ,fahami dan hayatilah Terima kasih.