Aku suka lepak forum berbahasa Melayu,Inggeris ,Arab DLL bila free . Forum Melayu Cari aku lepak sejak tahun 2008 atau sebelumnya sebab dah lama sangat sampai X ingat la ... Aku suka makan sukun goreng dan suka jual ketika aku tinggal di KL / Selangor . Maka dapatlah ilham menggunakan nickname SUKUN dalam Forum Cari . Apabila nickname SUKUN dimatikan oleh moderator ,supermod HARAMJADAH,maka aku beralih dengan nama-nama lain .... Antara nama sekarang di Cari : https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5137044&extra=page%3D1
Ketika tahun 1984,1985 dan 1986 ,aku bersekolah agama petang di SRA JAIM,bangunan sama SKBB .4 orang Ustazah yang mengajar iaitu Ustazah Maryam ( GB ) ,Ustazah Aisyah ,Ustazah Khadijah dan Ustazah Zaharah .Mengikut DIARI ,Ustazah Maryam tinggal di Kampung Pulau Masjid Tanah dan aku mencarinya dan berjumpa rumahnya .Kebiasaan aku menziarahinya sekali atau dua kali setahun .Namun sejak COVID-19,sudah 3 tahun tidak menziarahinya.Kami hanya berhubung melalui Telefon bertanya khabar .Aku amat sayang Ustazah Maryam kerna beliau guru yang amat penyayang .Katanya murid SRA JAIM yang rajin menziarahinya hanya dua orang iaitu aku dan Dr Normalinda .Semoga Ustazah sihat dan dipanjangkan usia .Amin 🤲.
SMS berbunyi "Tuan ,jemput hadir dan bermalam di rumah saya.Alamat dot dot dot ". Aku melihat nombor pengirim .Puan Ainon Mohd,boss PTS. Aku memandu sampai ke alamat dikirim dan mendapat kebenaran masuk kawasan elit yang kali pertama aku jejaki ... Aku,Zamri dan Izwan menjadi tetamu istimewa Puan Ainon dan suami .Suami beliau Prof Abdullah pernah menjadi pelakon tambahan filem Ali Setan sebagai Dekan USM. Kami diberikan makan malam dan berbual. Esoknya selepas sarapan pagi,Puan Ainon memberikan special training yang amat tinggi nilai ilmunya .Itulah pengalaman paling BERHARGA dalam hidupku dan pertama kali bermalam di sebuah kondo juta-juta hahahahaha... Aku amat berterima kasih kepada Puan Ainon ,seorang boss PTS PUBLICATIONS ,sebuah penerbit pertama menerbitkan buku pertama ku ,serta rajin memberikan kursus dan bengkel PERCUMA di KL . Ilmu penulisan dari Puan Ainon,Tuan Fauzul Naim,Tuan Ikram DLL amat berharga dan ianya memberi kemahiran dalam...
Comments
Post a Comment