14 Jan 2023 ,aku dimaklumkan Abdul Razak meninggal dunia .Kami baru bertemu 2,3 bulan lepas .Meninggal dunia ketika memancing di Melaka .Selepas solat maghrib terus memandu ke Johor di mana jenazah ditempatkan .Aku menahan air mata mengalir. Kami kenal sejak tahun 1989 ,rakan bermain bola ,bersama zaman remaja.Saudara sebaya .Selamat jalan saudaraku .Semoga Allah SWT menempatkan di kalangan golongan soleh dan beriman .Al Fatihah dibaca buat Allahyarham .
Ketika majlis penyampaian hadiah nombor dua SKBB tahun 1986,pemberi hadiah aku tidak kenali ... Puluhan tahun berlalu dan namanya sering disiarkan TV dan akhirnya kami bertemu kali kedua di pejabatnya selama tiga jam . Beliau juga tanda tangan di atas gambar tahun 1986 ... TERIMA KASIH TAN SRI !
SMS berbunyi "Tuan ,jemput hadir dan bermalam di rumah saya.Alamat dot dot dot ". Aku melihat nombor pengirim .Puan Ainon Mohd,boss PTS. Aku memandu sampai ke alamat dikirim dan mendapat kebenaran masuk kawasan elit yang kali pertama aku jejaki ... Aku,Zamri dan Izwan menjadi tetamu istimewa Puan Ainon dan suami .Suami beliau Prof Abdullah pernah menjadi pelakon tambahan filem Ali Setan sebagai Dekan USM. Kami diberikan makan malam dan berbual. Esoknya selepas sarapan pagi,Puan Ainon memberikan special training yang amat tinggi nilai ilmunya .Itulah pengalaman paling BERHARGA dalam hidupku dan pertama kali bermalam di sebuah kondo juta-juta hahahahaha... Aku amat berterima kasih kepada Puan Ainon ,seorang boss PTS PUBLICATIONS ,sebuah penerbit pertama menerbitkan buku pertama ku ,serta rajin memberikan kursus dan bengkel PERCUMA di KL . Ilmu penulisan dari Puan Ainon,Tuan Fauzul Naim,Tuan Ikram DLL amat berharga dan ianya memberi kemahiran dalam penulisan . Semoga Alla
Comments
Post a Comment