Kisah Kasut

 Jan 2023 .....


Aku baru perasan kasut sekolah anakku bernama Mira Fiqa yang bersekolah Tahun Satu telah rosak dan koyak teruk .Aku tak pasti sejak bilakah kerna dia tidak pernah mengeluh dan bercerita .Mungkin sudah berbulan-bulan .Bersama RM30 aku membawanya mencari kasut sekolah baru .Sampai ke FS ,ada kasut murah RM18 namun TIADA SAIZ .Kami merayau sebuah kedai kasut dan ada saiz namun harganya RM35."Boss ,saya ambik dahulu kasut sekolah ini dan berikan RM30,bakinya esok la sebab duit tidak cukup".kataku .Tauke kedai kasut berbangsa Cina bersetuju walaupun itulah kali pertama aku ke situ .Aku keluar dari premis dan anakku kelihatan amat gembira mendapat kasut baru .Dalam perjalanan ke surau TTM ,aku terfikir .Andainya aku mati dan terlupa membayar bakinya ,bagaimana ? Lantas aku singgah rumah NGY ."Pinjam RM5,nak bayar baki kasut ".Lelaki tersebut terus hulurkan RM10 dan berkata "Ini hadiah anak .Jangan fikir nak bayar ".Aku pun terus kembali ke premis kasut dan membayar baki hutang RM5 ,kemudian terus ke surau TTM bersama Mira Fiqa .Selepas solat maghrib ,anakku sedang study di surau subjek Sains dan PJK.Aku berbual dengan seorang remaja masih bersekolah dan bertanya berapa wang saku sekolah diberikan ayahnya ? Jawabnya RM5 .Aku buka dompet dan ada RM5 ,aku hadiahkan RM5 dan berkata " Ni duit sekolah esok,jangan minta Ayah ".Kemudian setelah selesai solat Isyak berjemaah ,aku dan Mira Fiqa pulang ke rumah .....Kisah ini memberi pengajaran bahawa sentiasalah tawakkal dan berdoa .Sentiasalah memeriksa kasut sekolah anak ! Maafkan aku anakku kerna terlepas pandang keadaan kasut sekolah yang telah lama rosak dan koyak rabak .Terima kasih NGY berkongsi rezeki .Jadikan kisah ini TELADAN .

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Abdul Razak Hj Yusuf

Kisah SUKUN

Kisah ABU SEMAN YUSOP