Kisah AZMI BIN KHAMIS
Kami berkenalan sejak tahun 1981 kerna bersekolah sama di SEK KEB BUKIT BERINGIN MASJID TANAH MELAKA .
Kami murid miskin dan bersama-sama ke pejabat sekolah mengambil bantuan sejak Darjah 1 hingga 6.
Ketika Darjah 6,aku tidur di rumahnya dan melihat datoknya seorang dukun sedang melakukan
ritual.
Aku lihat datoknya baring dan bangun .Namun suara datoknya tiba-tiba berubah menjadi garau dan
menakutkan .Aku amat takut dan memeluk kawanku Azmi .
Azmi la kawan baik aku .Kami bersama-sama mandi sawah,masuk hutan mencari spider hitam dan
biji getah kahwin.Bermain mercun buloh pada Ramadhan dan banyak lagi kenangan kami ketika
kanak-kanak .
Kali terakhir kami bertemu ketika aku Tingkatan Empat di Melaka dan lost contact hingga sekarang
dan dikhabarkan dia menetap di KL .
Aku amat merinduinya ...Mencarinya di GOOGLE,FB,IG,DLL namun masih belum bertemu.
Semoga Allah SWT menemukan kami ,Amin .
Comments
Post a Comment