Kisah KONDO


SMS berbunyi "Tuan ,jemput hadir dan bermalam di rumah saya.Alamat dot dot dot ".

Aku melihat nombor pengirim .Puan Ainon Mohd,boss PTS.

Aku memandu sampai ke alamat dikirim dan mendapat kebenaran masuk kawasan elit yang kali pertama aku jejaki ...

Aku,Zamri dan Izwan menjadi tetamu istimewa Puan Ainon dan suami .Suami 

beliau Prof Abdullah pernah menjadi pelakon tambahan filem Ali Setan sebagai Dekan USM.

Kami diberikan makan malam dan berbual.

Esoknya selepas sarapan pagi,Puan Ainon memberikan special training yang amat  tinggi 

nilai ilmunya .Itulah pengalaman paling BERHARGA dalam hidupku dan 

pertama kali bermalam di sebuah kondo juta-juta hahahahaha...

Aku amat berterima kasih kepada Puan Ainon ,seorang boss PTS PUBLICATIONS ,sebuah 

penerbit pertama menerbitkan buku pertama ku ,serta rajin memberikan 

kursus dan bengkel PERCUMA di KL .

Ilmu penulisan dari Puan Ainon,Tuan Fauzul Naim,Tuan Ikram DLL amat berharga dan ianya memberi 

kemahiran dalam penulisan .

Semoga Allah SWT murahkan rezeki dan sihatkan badan serta panjangkan usia Puan Ainon sekeluarga .

Tanpa PTS,siapalah aku..........................

Nasihat Puan Ainon "Menulis bukan kerna kita ingin ternama namun ingin BERKONGSI ILMU "



 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Abdul Razak Hj Yusuf

Kisah ABU SEMAN YUSOP