Posts

Kisah BEBENANG KELAS LAWAK

Image
Sejak tahun 2008 aku melayan Forum Cari bermula nickname SUKUN dll .Aku mendapat ilham membuka bebenang mengajar bahasa Arab melalui kisah pendek dan lucu . Aku tidak sangka ia mendapat views tinggi dari pelayar  internet  dari seluruh dunia ..... Terima kasih !Arigato gozaimas .............................. https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=645347  

Kisah KONDO

Image
SMS berbunyi "Tuan ,jemput hadir dan bermalam di rumah saya.Alamat dot dot dot ". Aku melihat nombor pengirim .Puan Ainon Mohd,boss PTS. Aku memandu sampai ke alamat dikirim dan mendapat kebenaran masuk kawasan elit yang kali pertama aku jejaki ... Aku,Zamri dan Izwan menjadi tetamu istimewa Puan Ainon dan suami .Suami  beliau Prof Abdullah pernah menjadi pelakon tambahan filem Ali Setan sebagai Dekan USM. Kami diberikan makan malam dan berbual. Esoknya selepas sarapan pagi,Puan Ainon memberikan special training yang amat  tinggi  nilai ilmunya .Itulah pengalaman paling BERHARGA dalam hidupku dan  pertama kali bermalam di sebuah kondo juta-juta hahahahaha... Aku amat berterima kasih kepada Puan Ainon ,seorang boss PTS PUBLICATIONS ,sebuah  penerbit pertama menerbitkan buku pertama ku ,serta rajin memberikan  kursus dan bengkel PERCUMA di KL . Ilmu penulisan dari Puan Ainon,Tuan Fauzul Naim,Tuan Ikram DLL amat berharga dan ianya memberi  kemahiran dalam penulisan . Semoga Alla

Kisah Abdul Razak Hj Yusuf

Image
 14 Jan 2023 ,aku dimaklumkan Abdul Razak meninggal dunia .Kami baru bertemu 2,3 bulan lepas .Meninggal dunia ketika memancing di Melaka .Selepas solat maghrib terus memandu ke Johor di mana jenazah ditempatkan .Aku menahan air mata mengalir.  Kami kenal sejak tahun 1989 ,rakan bermain bola ,bersama zaman remaja.Saudara sebaya .Selamat jalan saudaraku .Semoga Allah SWT menempatkan di kalangan golongan soleh dan beriman .Al Fatihah dibaca buat Allahyarham .

Kisah ABU SEMAN YUSOP

Image
Ketika majlis penyampaian hadiah nombor dua SKBB tahun  1986,pemberi hadiah aku tidak kenali ... Puluhan tahun berlalu dan namanya sering disiarkan TV dan akhirnya  kami bertemu kali kedua di pejabatnya selama tiga jam . Beliau juga tanda tangan di atas gambar tahun 1986 ... TERIMA KASIH TAN SRI !  

Kisah SRA JAIM

Image
  Pada tahun 1987 ,aku telah bersekolah di SMR Tingkatan Satu dan  pergi ke SKBB untuk mengambil SIJIL SRA . Hingga kini ,sijil tersebut masih terjaga baik . Terima kasih semua  USTAZAH  yang mengajar aku di  SKBB ...................

Diari-Diari

Image
Ia semakin usang dimamah zaman dan masa ....Sejak tahun 1983 aku menulis DIARI .  

Kisah RM1

Image
 Tapak Car Boot di Bukit Katil hanya mengenakan yuran RM1 .Jadi aku pun menjual Tudung RM1 dan bantal RM1 . Kebetulan Ali Rustam melawat dan menegur aku " Boss pun berniaga sini ?" Aku menjawab " Boring2 lepak sini " balasku .Kami kenal sejak awal 2000 dan selalu bersua dalam pelbagai majlis dan acara ketika beliau bergelar Ketua Menteri Melaka."Buku tentang saya bila nak siap ?" tanya lagi ."Lambat lagi ....." Balasku melihat beliau pergi tersenyum .Sekarang dah tahun 2023 tak siap 2 hahaha.